Sunday, May 31, 2009

Sofea Tak Mampu Nak Balas Balik...

Sofea belom tidur lagi. Faruoq call Sofea. Farouq ni, staff Fakulti Perubatan yang kerja kat bilik anatomi satu bangunan dengan fakulti Sofea. Farouq dah lama menagih cinta Sofea. Hampir 2 tahun, walaupun pada masa dahulu, Sofea masih ada Hariz. Farouq tetap inginkan Sofea. Farouq tak putus asa. Farouq kata Farouq sayang Sofea. Farouq suka Sofea sebab Sofea unik.

Baru ni, Farouq bagi Sofea kata putus. Farouq tanya Sofea samada Sofea akan terima cinta dia ataupun tidak. Sofea tetap jawab, tidak. Sofea tak mahu bohong dan hiporkit pada diri sendiri. Sofea tak dapat terima Farouq dalam hidup Sofea. Disebabkan jawapan tu, Farouq pindah tempat kerja. Farouq jugak pindah rumah, jauh dari rumah sewa Sofea. Mungkin Farouq dah putus asa buat kali pertama.

Dan baru je tadi, Farouq call Sofea. Farouq kata Farouq mimpikan Sofea. Jumpa Sofea kat kampung Sofea. Ahh... Mungkin Farouq terlalu fikirkan Sofea sebab tu sampai terbawak dalam mimpi. Farouq merayu lagi tadi. Selepas bendera putihnya buat kali pertama minggu lepas. Farouq cakap dia sedih sebab Sofea tak mesej Farouq. Adeh... Sape la dia untuk Sofea mesej dan report setiap pergerakan Sofea? Tapi, Farouq tak faham.

Kenapa semua ni masih tak habis? Sofea ingatkan perginya dia dari Shah Alam, boleh beri ruang peribadi untuk Sofea memikirkan cinta sejati Sofea. Sofea serabut dengan kehadiran cinta Farouq yang tak diundang. Apakan daya Sofea? Sofea tak dapat membalas cinta Farouq. Apa mampu Sofea buat?

Kenapa Dah Jadi Macam Ni....?




Baru je tadi, Hariz mesej Sofea. Hariz cakap yang ayah Sofea mula bertanyakan tentang Hariz daripada Zani, kawan Hariz. Hariz gembira. Tapi, Sofea terkedu. Memang dulu Sofea bersungguh-sungguh membuktikan pada ayah yang Sofea ingin mengahwini Hariz semasa ayah tetap berkeras untuk tidak menerima Hariz. Tetapi, pada masa tu, Sofea masih sayangkan Hariz, Sofea cintakan Hariz dan Sofea tidak boleh hidup tanpa Hariz.

Sekarang, semua perasaan tu, dah tak wujud lagi. Mungkin ada, tapi Sofea dah anggap semua tu sebagai satu kenangan je. Kasih sayang Sofea, cinta Sofea terhadap Hariz suatu masa dahulu hanya kenangan sahaja sekarang. Sofea tak tahu macam mana Sofea perlu didik diri Sofea untuk menyayangi dan mencintai Hariz macam dulu.

Hariz mesej, Hariz cakap, "Abang rasa hubungan kita hampir berjaya. Ayah dah mula sukakan Abang. Sayang suka tak, erk?". Sofea tak balas mesej tu. Sofea tak dapat jawab. Kalau Sofea jawab, Sofea akan lukakan hati Hariz. Dan, bila Sofea tak jawab, Hariz assume memang Sofea tak suka berita ni.

Bukan Sofea tak suka. Sofea fikir, dulu Sofea pernah berdoa kepada Allah supaya Allah bukakan hati ayah untuk menerima Hariz. Tetapi, doa itu tidak dimakbulkan pada masa tu. Tak mengapa. Sofea redha. Dan, adakah Allah telah memakbulkan doa itu sekarang? Adakah Allah memakbulkan doa tu setelah cinta Sofea pada Hariz tiada lagi di hati ini?

Apa yang perlu Sofea lakukan? Sofea buntu. Sofea takut, hari yang betul-betul memerlukan keputusan Sofea, samada gembira ayah menerima Hariz dan ingin kami berkahwin atau tidak, Sofea takut hari ini sampai. Jika hari ini wujud, apa yang patut Sofea lakukan?

Adakah Sofea terpaksa berkorban lagi? Semata-mata tidak ingin tunjuk perangai depan ayah (kerana tidak mahu menerima Hariz), Sofea terpaksa terima Hariz. Dan juga, sebab kesiankan Hariz, Sofea terpaksa buat-buat gembira dengan berita ni. Atau adakah Sofea perlu mempertahankan hak Sofea? Tidak menerima pinangan Hariz. Berterus-terang dengan ayah yang cinta untuk Hariz tiada lagi? Macam tu? Herm....

Friday, May 29, 2009

Kisah Cinta Sofea Tidak Pernah Kering...



Hariz, yang pernah hadir dalam hidup Sofea selama 3 tahun dan berakhir setelah Sofea dilukai. Sebelum cinta terhadap Zam bertahta di hati. Hariz menagih cinta Sofea kembali. Hidup Sofea tidak pernah kering dengan kisah hubungan, kisah cinta. Ada yang bahagia, ada yang merana.

Hariz, pemuda berumur 32 tahun, hanya lepasan spm, bekerja sebagai forklift driver. Tetapi, Sofea tidak pernah memandang rendah terhadapnya. Malangnya, cinta kami berakhir hanya kerana sikap Hariz yang tetiba sahaja mengungkit mengenai kedudukan Sofea dan dirinya. Ah... Itu kisah lama. Sofea cukup terluka dengan Hariz.

Dari tidak pernah mengenali dunia IT, Hariz cuba mengenali YM. Semata-mata untuk berborak dengan Sofea memandangkan Sofea tidak pernah menjawab panggilan Hariz. Semakin hari, kami semakin baik. Hariz melayan Sofea dengan baik. Sofea terharu. Sofea sebak. Sofea rasa bersalah.

Hariz: abg igat syg bhagia ngam abg tp sblkny
Hariz: abg bt org yg abg syg derita
Hariz: abg
Hariz: abg kecewa
Sofea: abg
Sofea: mungkin dulu
Sofea: abg tuduh Sofea bukan2
Sofea: masa Sofea sgt sygkan abg
Sofea: tp skrg
Sofea: bile Sofea dah xtau cmne nk syg abg
Sofea: abg sgt baik dgn Sofea
Sofea: Sofea serba salah
Sofea: abg wat Sofea rs berslh
Hariz: dlu syg syg abg sgt2, abg bt smbil lewa tp skrg abg syg sgt2 tp syg...
Sofea: tu la keadaan sekarang
Sofea: abg tau ke cmne nk wat Sofea syg abg balik?
Sofea: Sofea sgt terluka dgn abg dulu
Sofea: tu je yg Sofea ingat
Hariz: mnusia leh brubah
Hariz: dlu abg syg syg, x mcm abg syg syg skrg
Sofea: sb ape baru skrg abg syg Sofea mcm ni
Sofea: knape bukan dulu?
Hariz: abg xmmpu nk sruh tp ap yg abg mmpu ktkn,,
Hariz: buang yg kruh crlh yg jnih
Hariz: dl dan skrg x sme...
Hariz: dunia makin tua mnusia makin jauh tp knangan x pnah mati

Sofea buntu. Sofea serba salah. Sofea mencari macam mana cara Sofea sayang Hariz dulu. Macam mana Sofea sanggup berkorban apa sahaja untuk Hariz dulu. Sofea mencari Sofea yang dulu. Tapi, Sofea gagal... Cinta dan sayang Sofea terhadap Hariz suatu masa dahulu, hanya tinggal kenangan yang takut untuk Sofea ungkit kembali...