Sunday, May 31, 2009

Sofea Tak Mampu Nak Balas Balik...

Sofea belom tidur lagi. Faruoq call Sofea. Farouq ni, staff Fakulti Perubatan yang kerja kat bilik anatomi satu bangunan dengan fakulti Sofea. Farouq dah lama menagih cinta Sofea. Hampir 2 tahun, walaupun pada masa dahulu, Sofea masih ada Hariz. Farouq tetap inginkan Sofea. Farouq tak putus asa. Farouq kata Farouq sayang Sofea. Farouq suka Sofea sebab Sofea unik.

Baru ni, Farouq bagi Sofea kata putus. Farouq tanya Sofea samada Sofea akan terima cinta dia ataupun tidak. Sofea tetap jawab, tidak. Sofea tak mahu bohong dan hiporkit pada diri sendiri. Sofea tak dapat terima Farouq dalam hidup Sofea. Disebabkan jawapan tu, Farouq pindah tempat kerja. Farouq jugak pindah rumah, jauh dari rumah sewa Sofea. Mungkin Farouq dah putus asa buat kali pertama.

Dan baru je tadi, Farouq call Sofea. Farouq kata Farouq mimpikan Sofea. Jumpa Sofea kat kampung Sofea. Ahh... Mungkin Farouq terlalu fikirkan Sofea sebab tu sampai terbawak dalam mimpi. Farouq merayu lagi tadi. Selepas bendera putihnya buat kali pertama minggu lepas. Farouq cakap dia sedih sebab Sofea tak mesej Farouq. Adeh... Sape la dia untuk Sofea mesej dan report setiap pergerakan Sofea? Tapi, Farouq tak faham.

Kenapa semua ni masih tak habis? Sofea ingatkan perginya dia dari Shah Alam, boleh beri ruang peribadi untuk Sofea memikirkan cinta sejati Sofea. Sofea serabut dengan kehadiran cinta Farouq yang tak diundang. Apakan daya Sofea? Sofea tak dapat membalas cinta Farouq. Apa mampu Sofea buat?

0 comments: