Friday, May 29, 2009

Kisah Cinta Sofea Tidak Pernah Kering...



Hariz, yang pernah hadir dalam hidup Sofea selama 3 tahun dan berakhir setelah Sofea dilukai. Sebelum cinta terhadap Zam bertahta di hati. Hariz menagih cinta Sofea kembali. Hidup Sofea tidak pernah kering dengan kisah hubungan, kisah cinta. Ada yang bahagia, ada yang merana.

Hariz, pemuda berumur 32 tahun, hanya lepasan spm, bekerja sebagai forklift driver. Tetapi, Sofea tidak pernah memandang rendah terhadapnya. Malangnya, cinta kami berakhir hanya kerana sikap Hariz yang tetiba sahaja mengungkit mengenai kedudukan Sofea dan dirinya. Ah... Itu kisah lama. Sofea cukup terluka dengan Hariz.

Dari tidak pernah mengenali dunia IT, Hariz cuba mengenali YM. Semata-mata untuk berborak dengan Sofea memandangkan Sofea tidak pernah menjawab panggilan Hariz. Semakin hari, kami semakin baik. Hariz melayan Sofea dengan baik. Sofea terharu. Sofea sebak. Sofea rasa bersalah.

Hariz: abg igat syg bhagia ngam abg tp sblkny
Hariz: abg bt org yg abg syg derita
Hariz: abg
Hariz: abg kecewa
Sofea: abg
Sofea: mungkin dulu
Sofea: abg tuduh Sofea bukan2
Sofea: masa Sofea sgt sygkan abg
Sofea: tp skrg
Sofea: bile Sofea dah xtau cmne nk syg abg
Sofea: abg sgt baik dgn Sofea
Sofea: Sofea serba salah
Sofea: abg wat Sofea rs berslh
Hariz: dlu syg syg abg sgt2, abg bt smbil lewa tp skrg abg syg sgt2 tp syg...
Sofea: tu la keadaan sekarang
Sofea: abg tau ke cmne nk wat Sofea syg abg balik?
Sofea: Sofea sgt terluka dgn abg dulu
Sofea: tu je yg Sofea ingat
Hariz: mnusia leh brubah
Hariz: dlu abg syg syg, x mcm abg syg syg skrg
Sofea: sb ape baru skrg abg syg Sofea mcm ni
Sofea: knape bukan dulu?
Hariz: abg xmmpu nk sruh tp ap yg abg mmpu ktkn,,
Hariz: buang yg kruh crlh yg jnih
Hariz: dl dan skrg x sme...
Hariz: dunia makin tua mnusia makin jauh tp knangan x pnah mati

Sofea buntu. Sofea serba salah. Sofea mencari macam mana cara Sofea sayang Hariz dulu. Macam mana Sofea sanggup berkorban apa sahaja untuk Hariz dulu. Sofea mencari Sofea yang dulu. Tapi, Sofea gagal... Cinta dan sayang Sofea terhadap Hariz suatu masa dahulu, hanya tinggal kenangan yang takut untuk Sofea ungkit kembali...

Wednesday, May 27, 2009

Sofea Dah Tenang Sekarang...



Keadaan dah kembali tenang sekarang. Apa yang Sofea buat? Sofea ignore masalah tersebut. Sofea bukan lari dari masalah, Sofea cuma membiarkan masalah tu reda sebab Sofea tahu, masalah yang Sofea hadapi sekarang, mungkin masalah yang Sofea tak dapat selesaikan. Masalah ni memerlukan Sofea untuk tidak masuk campur. Tidak masuk campur dalam hal rumah tangga mereka.

Sofea mungkin perlu mula melupakan Zam. Sofea perlu belajar membuang kebiasaan kehidupan Sofea dan hidup tanpa nama Zam dibibir Sofea lagi. Alhamdulillah, Allah memberi kemudahan untuk Sofea. Allah memudahkan untuk Sofea membuang nama Zam dari hati Sofea. Thank you, Allah.

Zam pula seolah-olah tidak mempedulikan Sofea lagi. Tak pelah. Mungkin Zam ingin menyelesaikan masalah keluarga dia. Sofea faham perasaan Zam. Faham sangat2. Sofea bagi ruang dekat Zam. Jangan risau Zam. Kita tetap kawan biasa.

Zam juga telah banyak mengajar Sofea. Cinta kita yang sebelum ni banyak mengajar Sofea perkara baru. Banyak memberi pengalaman dan banyak mematangkan Sofea. Tak pelah, Zam. Biarlah kita kekal sebagai hubungan seorang upline dengan downlinenya. Sofea cuba bersikap se'profesional' yang boleh untuk meneruskan perniagaan ini.

-Ikhlas dari Sofea yang pernah mencintai Zam-