Wednesday, May 20, 2009

Susah Untuk Sofea Lupakan...



Salam...

Sofea bina blog ni sebab Sofea tengah menderita sekarang. Sofea tengah menderita kerana cinta Sofea. Sofea bukan tak ada kawan untuk mengadu tapi Sofea tak suka orang yang Sofea kenal, tahu masalah Sofea. Mungkin cukuplah sekadar melepaskan apa yang Sofea rasa kat blog ni.

Kalau awak nak tau, Sofea terperangkap cinta dengan suami orang. Cerita tu dah bermula sejak 4 bulan yang lalu. Dan sekarang, Sofea terpaksa lupakan dia. Perit. Dada Sofea sakit. Sofea tak tahan dengan dugaan ni. Bodohnya Sofea. Sanggup Zam wat camni kat Sofea. Sofea sedih.

Sofea tahu yang Zam sudah ada isteri lepas kantoi Sofea kol Zam and ada perempuan angkat. Esok tu, Zam beritahu kat Sofea yang hubungan Zam dengan wife Zam tak berapa elok dan dah dua tahun Zam dengan dia tak 'bersama'. Sepatutnya, Sofea dah lupakan Zam masa ni. Tapi, Zam perlukan Sofea. Sofea dapat rasakan yang Zam perlukan Sofea. Sofea tanya dia, "Do you still need me?". Zam kata,"Yes". Memang ni satu persoalan bodoh yang Sofea dah tanya kat Zam sebab kalau Zam ada niat nak main-mainkan Sofea, memang Zam akan jawab "yes". Tapi, semua tu, Sofea abaikan dulu. Yang Sofea tahu, Sofea masih tak dapat lupakan Zam.

Itu kisah yang berlaku 2 bulan yang lalu. Dan sekarang, Sofea rasa, Sofea betul-betul perlu lupakan Zam. Sofea tak boleh kacau hidup mereka berdua lagi. Sakit sangat apa yang Sofea rasa sekarang. Melupakan orang yang betul-betul Sofea sayang. Sakit sangat.... :(

0 comments: