Friday, May 22, 2009

Keadaan Kita Makin Parah Sayang...



Keadaan menjadi semakin parah sekarang. Disebabkan sikap wife Zam yang terlalu mendesak Sofea, through YM, through SMS, mendesak Sofea berterus terang mengenai perhubungan Sofea dan Zam, Sofea rasa Sofea tak boleh berdiam diri lagi sekarang.

Wife Zam mula melibatkan maruah diri Sofea. Sofea dikatakan perempuan jalang. Sofea dikatakan ingin memusnahkan rumah tangga Zam. Herm... Mungkin betul juga statement dia. Memang Sofea mengacau hidup korang berdua. Tapi, Zam. Salah ke Sofea ni? Sebelum ni Sofea tak tau pun Zam suami orang. Zam tak pernah bagi tau. Sofea dah jatuh cinta kat Zam. Sofea dah sayangkan Zam. Baru Sofea tau. Tu pun sebab wife Zam yang angkat kol Sofea. Salah ke Sofea, Zam?

Wife Zam nak kite berjumpa bertiga esok. Herm, Ya Allah. Berilah kekuatan. Kepada Mu Sofea berserah Ya Allah. Sofea serba salah. Perlukah Sofea berterus terang? Atau Sofea perlu menipu? Sofea tersekat di antara simpati pada Zam dan juga mempertahankan maruah Sofea yang tercalar. Apa yang perlu Sofea buat?

Sofea tak mahu Zam terperangkap kerana menipu wife dia. (Bodoh Sofea, kan?) Dan Sofea jugak tak mahu wife Zam memperkotak katikkan maruah Sofea. Maruah Sofea dah cukup tercalar.

Dan Zam sedang mesej Sofea sekarang through YM :

zam: tadi mmg terpaksa call Sofea
zam: dia dah ambik pisau suh zam call
sofea: astrgh...
zam: tolong la sofea
zam: jgn jawab call dia
zam: atau sms
zam: dah tak larat dah ni
zam: kepala dah serabut abis dah
zam: tolong la jgn balas
zam: off la hp ke apa ke

Sebab tu Sofea jaga Zam dan tetap teruskan perhubungan Sofea dengan Zam sebelum ni even Sofea dah tau yang Zam suami orang. Sofea tau, Zam takkan curang kalau wife Zam jaga Zam elok-elok. Sekarang, Zam bimbangkan anak Zam. Zam takut his wife did something bad kat anak Zam.

I don't know whatelse I could do and say... :(

0 comments: